Cara-Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar

Sudah lama tak makan ikan Cencaru.Teringin pulak rasanya nak makan ikanCencaru Bakar . Ikan Cencaru bakar ni kalau ikut ada banyak versi dan salah satu versinya yang aku nak share kat Laman Dapur Maya pada hari ni. Seingat aku ikan Cencaru ni dulu harganya agak murah kerana ramai orang tak suka makan ikan ni selain kulitnya yang tebal tu.. Nak siang...alamak susah, tetapi tu dulu le... sekarang harganya boleh tahan jugak..dah mencecah hampir belasan ringgit dalam sekilo dan kalau tak pandai nak siang tu... minta je orang kat kedai yang siangkan untuk kita... nak macam mana cakap je... sekarang semuanya senang... Oklah jom kita masak dulu


Cencaru Bakar 

Bahan-bahannya:


Seekor ikan Cencaru (Besar)
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Belacan, dan Cili Padi

Cara-Cara Membuatnya: 

Ikan Cencaru mesti dibelah belakang dan dikupas kulitnya
Semua bahan-bahan tadi perlu ditumbuk dan terus je masukan sedikit garam dan sedikit serbuk perasa

Ikan Cencaru pula disapu dengan sedikit garam
Kemudian sapu je bahan yang telah ditumbuk tadi pada ikan... tetapi di dalam perutnya kena masukan banyak sikit

Siap dah..tunggu nak dibakar je...
Bakarlah... tapi tu hangit sikit coz api agak besar
Dah siap...ummmmm baunya amat menyelerakan


Selamat mencuba.

2 comments:

  1. sedapnyer tengok bulan puasa ini..nk cubalah,
    Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...